KEDAH KE SUKU AKHIR PIALA FA, KELANTAN GIGIT JARI
Tahniah!!! Kedah kini boleh mengatur strategi baru sekurang2nya layak ke separuh akhir pada kejohanan kalah mati Liga Malaysia iaitu Piala FA. Dengan kemenangan tehadap Kelantan dlm peraturan jaringan ditempat lawan yang mana pada perlawanan timbal-balik berkesudahan seri 1-1 sesudah seri 0-0 di Alor Setar. Kemenangan yang menakjubkan ini dengan menumpaskan finalis edisi 2008-2009 Kelantan, anak buah Hj Ahmad Yusof harus mengambil ikhtibar dan pengalaman berguna di saat2 genting di Kota Bharu semalam.
Dalam bolasepak kemenangan dicari tanpa mempedulikan kualiti pasukan yang memenangi perlawanan tersebut. Namun hakikat yg harus diterima adalah kegusaran dan kegelisahan jelas terpancar di raut muka pasukan Kedah samada pemain atau pengurusan di tepi padang. Ianya tersembul kegembiraan apabila pegawai perlawana meniupkan wisel penamat dgn keputusan 1-1 memihiak kepada Kedah.
Purata penguasaan bola milik Kelantan, cuma mungkin kegopohan ditambah dgn ketiadaan 'luck' menjadi punca tumpasnya mereka malam td. Kelantan sepanjang 90minit perlawanan bermain baik dgn ketenangan dan kawalan bola yg baik namun gol dr Indera Putra dipadamkan dgn penyamaan dr Badrul.
Apa yg harus diambil dr Kelantan pada perlawanan tersebut oleh Kedah adalah seni kawalan bola dan pergerakan pemain samada semasa menyerang atau bertahan. Kelantan cukup2 teratur. Semoga Kedah akan terus menginginkan permainan yg ditonjolkan Kelantan semlm utk mengejar kejuaraan tahun ini.
ikhlas dr saya....
Sabtu, 20 Februari 2010
Langgan:
Ulasan (Atom)
